Saturday, January 7, 2017

Januari

Assalamualaikum .

Hello =)

Januari.

Biasanya, jika seperti tahun-tahun lepas, pada tarikh seperti hari ni, fiza dah bersiap-siap dengan barang-barang dan kemas pakaian untuk ke Intensif di USM Pulau Pinang.  Di group Telegram dan Whatapps kawan-kawan USM pun biasanya dah non-stop duk bincang tentang itu ini, tentang persiapan masing-masing, persedian hadapi Peperiksaan Berterusan, dan macam-macam lagi lah :') 

Kecoh semuanya :')

Tapi, tidak untuk 2017 ni, masa 4 tahun fiza bersama USM dan berakhir pada Oktober 2016 lepas. Di group Telegram dan Whatapps pun sepi. Cuma yang masih hingar bingar di group kawan-kawan rapat sepanjang pengajian kami . Masing-masing meluahkan rasa rindu waktu 3 minggu bersama setiap tahun dari 2012 hingga 2016  di USM .


Cerita Konvokesyen yang sangat manis tempoh hari masih fiza simpan. Tak tercerita lagi kat sini. Terlalu banyak gambar sampai pening nak pilih yang mana untuk kongsikan di belog ni :p . Nantilah, bila rasa rajin menggunung , baru boleh coret kenangan tu kat sini :)

Untuk tahun ni, bila 3 minggu dah tak lompong dalam planner  fiza di office, maka, penuh la dengan tugas harian seperti biasa . Masa untuk belajar sambil 'honeymoon' dan jauh dari tugas office bersama kawan-kawan dah habis . Aturan kehidupan ke arah lebih baik pun bakal bermula selepas habisnya masa menjadi pelajar :) Fiza masih belum rancang apa-apa cuma harapan tinggi dalam hati semoga walau apa pun yang bakal fiza buat selepas ini, dipermudahkan oleh-Nya, semoga harapan fiza dimakbulkan oleh Allah SWT kelak :) 

Amin. *Tolong aminkan sekali eh :)


2 comments:

  1. Amin.. Insya-Allah semuanya dipermudahkan.. ^^

    ReplyDelete
  2. Aminnnnn...dah berjaya jadi org besar jangan lupa cik ngan ye hehehe

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤