Friday, November 25, 2016

Kenangan Winter Sonata

Assalamualaikum .

Hello =)

Sekejap masa, hari ni dah Jumaat balik, dah nak habis November . Kebiasaannya waktu lunch, fiza keluar dengan kawan-kawan, tambahan pulak Jumaat waktu lunch memang panjang . Tapi hari ni luar biasa sikit, mood nak keluar takde langsung . Letih, badan lemau. Jadi, habiskan masa je di ofis. Buka Youtube dan layan piano instrumental dari drama yang cukup berhantu dan mengingatkan fiza kepada seribu kenangan waktu tu =)




Di luar hujan, muzik ni pulak jadi halwa telinga . Maka, mata pun makin layu :p

Zaman Winter Sonata ni umur fiza baru 18 tahun. Joon-sang tu la jadi pujaan kami waktu tu. HAHA! Memang betul-betul zaman remaja , baru habis sekolah, baru nak kenal dunia luar .haha. Rindu zaman tu :'( 

Tu dulu, sekarang ni memang demam Korea masih hangat lagi, cuma fiza dah tak layan dah . Dua drama je yang fiza betul-betul suka dulu, Winter Sonata dan Autumn In My Heart . Dan sekarang, bila tengok adik-adik duk layan drama , artis Korea,  fiza teringat zaman fiza dulu , lepas tu dalam hati berbisik , 

Zaman aku dah berlalu dah  :'(

1 comment:

  1. hehehe .. yana pon layan jugak cerita nie dulu .. lagi satu autumn in my heart =)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤