Thursday, August 11, 2016

Khasiat Chia Seeds

Assalamualaikum .

Hello -)


Sejak dua tiga minggu lepas, Chia Seeds Organik ni popular betul di media sosial. Bila buka IG, ramai duk post, di FB pun, pasal chia seeds je duk lalu kat timeline. Dalam dua tiga bulan lepas, kawan ofis fiza pernah bercerita dan suggestkan pada fiza untuk cuba ambil Chia Seeds ni kalau nak seimbangkan diet dan untuk beberapa kebaikan kesihatan. Masa tu, dia suruh fiza beli di Cosway. Fiza pun, dah member kemain promote, pegi la Cosway nak tengok macam mana rupa Chia Seeds *tak terfikir nak google pun time tu.haha . Bila tengok je, fiza macam..erkkk, macam serangga halus tu je.haha. takde keinginan langsung nak mencuba so memang tak beli la :p 

Tapi, sejak viral ni dan dah ramai duk kongsikan kebaikan Chia Seeds ni, tiba-tiba ada keinginan nak mencuba. So dua hari lepas, gigihla mencari di beberapa kedai dalam Alamanda tapi malangnya semua takde. Semalam, cuba lagi, masuk Wellness, kedai baru dalam Alamanda dan alhamdulillah, ada, siap letak di rak Top Seller lagi .hihi. Sebungkus tu 168g , RM20.90 . Okelah harga dia. takdela mahal sangat. Ambik terus bayar.

Tujuan fiza nak mencuba Chia Seeds ni memang tak lain tak bukan untuk DIET fiza. Dan beberapa lagi kebaikan lain yang kita boleh dapat jika consume dengan Chia Seeds Organik ni, antaranya :

  • Sumber omega 3
  • Magnesium yang tinggi
  • Makanan tambahan yang sihat
  • menyuburkan sel-sel badan 
  • Tahap tenaga yang tinggi
  • Mengeluarkan toksin
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • Kaya dengan serat larut & tidak larut
  • Antioksidan
  • Kalsium yang tinggi
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mengekalkan berat badan yang sihat

Banyak khasiatnya kan? Cara makan pulak, kalau ikut pada bungkusan ni, boleh campur dalam minuman, taburkan dalam salad, masukkan dalam cake/muffin atau roti atau kisar dan masukkan dalam susu soya . Tadi kat IG ada kawan suggestkan makan dengan yogurt. Nyummm! terbayang yogurt la pulak .hikhik

Hari ni, hari pertama fiza minum Chia Seeds ni, dan fiza cuma campurkan dalam botol air masak je .



Bila masuk dalam air, dia jadi kembang macam biji selasih. minum je macam minum air biasa. Jangan risau pada bau atau rasa sebab memang takde rasa apa pun. Kalau rasa geli ke apa, minum je sambil pejam mata.haha .


5 comments:

  1. nampak ramai share kat media sosial.. agaknya kalau dkna makan, selera makan tu kurang tak? kang jadi kurus kering lak hahahaa

    ReplyDelete
  2. nak cuba jugak..sbb dorang kata bagus utk orang yang ada penyakit darah tinggi...

    ReplyDelete
  3. viral dah chia seed ni kat media sosial, teringin pulak nak mencubanya :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤