Wednesday, May 11, 2016

Dayang Sarawak Corner | Laksa Sarawak Sedap di Sungai Besi


Assalamualaikum.

Hello =)

Rasanya dalam tahun ni aku tak merasa lagi makan Laksa Sarawak sampai la aku jumpa kedai laksa ni semalam. Ya, Laksa Sarawak. Walaupun budu tu makanan favourite aku sebagai orang Kelantan, Laksa Sarawak juga dah masuk dalam ranking makanan kegemaran aku sejak setahun lalu :p

Sebelum ni, tempat yang memang selalu aku singgah untuk lepas craving Laksa Sarawak ni ialah di restoran Hafiz Suip kat Seri Kembangan nuh, lepas tu kadang-kadang ke Dapur Sarawak di KL, dan semalam, tanpa plan, kawan ajak pegi makan Laksa Sarawak ni. Aku apa lagi, teruja la oikk. Yang tak tahan tu, kawan tu pun Kelantanese jugak.haha! tekak kami sama ! Tempat yang dia bawak aku ni memang aku tak pernah tahu ada restoran jual Laksa Sarawak dikawasan tu padahal dah banyak kali kot aku duk datang kawasan ni. Untuk jahit baju keje .


Dayang Sarawak Corner.


Lokasinya terletak di BANGUNAN PARKING BERTINGKAT JLN SUANA, PEKAN SUNGAI BESI. aku rasa kalau waze jumpa kot .


Sangat Sedap! aku hirup kuah dia sampai licin oikk.haha. termakbul keinginan nak makan laksa ni. sebenarnya kan, kat rumah ni ada satu bungkus paste Laksa Sarawak tau, kirim dengan kawan Sarawak belikan, tapi sampai sekarang paste tinggal paste. Check expired date bulan 9 ni.kehkeh. Entah bila laa sempat nak masak nih. 

So, korang yang setekak dengan aku, boleh pegi cuba makan Laksa Sarawak di Dayang Sarawak Corner ni pulak. Harga semangkuk RM5 je, paling murah setakat ni yang pernah aku jumpa :)


Alamat : Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Urusniaga : 8.00 pg - 10.00 malam
No.Telefon : +60 16-218 7766

4 comments:

  1. Pes tu bukan niat nak buat kt umah Kak Sue ke?

    ReplyDelete
  2. Murah tu, nak singgah jgk nanti mamaD d yg suka sangat laksa.. pcl follow je..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤