Saturday, March 7, 2015

Nasi Kerabu Cholleey | Nasi Kerabu Ketam No.1 Malaysia di Kajang


Assalamualaikum .

Hello =)


Pernah tengok nasi kerabu ketam yang tengah femes kat Facebook sekarang? yang menyediakan perkhidmatan delivery tu . Nasi Kerabu Cholleey nama dia =) 

Ni dia gambar nasi kerabu yang femes tu,

kredit picture : Facebook

Dan sebagai anak jati Kelantan, memang tak pelik kalau fiza terliur giler tengok nasi kerabu ni, tengok gambar-gambar yang dorang post kat Facebook tu, fuhh mengancam! maka, pagi ni, terlepas keinginan untuk merasa kesedapan nasi kerabu ni bila husband bawak fiza makan di kedai dia =) 

Thank you husbandku yang baik hati :p !


Ni jalan nak ke lokasi kedai tu , dalam kawasan perumahan . Sebuah gerai makan yang dibuat di depan rumah tuan punya nasi kerabu ni , *fiza rasa la .


Haa, ni la dia kedainya =) kalau pergi sorang memang fiza akan sesat sebab fiza memang dalam golongan mereka yang susah nak ingat JALAN T.T


Suasana dalam kedai, memang sederhana je , tapi tu semua tak penting, asal kebersihan terjaga dan kelazatan terjamin, gituu macam tagline pulak.haha


Untuk makan di sini, kita boleh pilih pakej mana kita nak, ada 3 pakej je

Pakej Nasi Kerabu :

Nasi Kerabu Ketam - Bermula Rm12.00-Rm20.00 (Ikut Saiz Ketam) satu set
Nasi Kerabu Ayam - Rm7.00 satu set
Nasi Kerabu Daging - Rm7.00 satu set

, haa pilihh la nak yang mana, yang femes kat Facebook pakej yang Ketam tu . Satu lagi , air yang disediakan cuma TEA O dan AIR KOSONG sahaja ye, air tu self-services dan ianya dah termasuk dalam pakej tu .

Ni airnya,


Husband kata macam minum kat tempat kenduri pulak, haha! nasib baik bukan air sirap je :p . Ais disediakan, boleh ambik sendiri .

dan ini la dia nasi kerabu yang glamer sangat kat fb tu, tadaaaa



Nasi Kerabu Ayam untuk Suami dan , 


Nasi Kerabu Daging untuk Isteri =) Nasi Kerabu ni tak de tumis ye , biasa kita panggil nasi kerabu Golok kalau yang takde tumis ni :) Makan dalam kertas bungkusan ye, tak ada pinggan disediakan . Senang, lepas makan terus keroyok kertas masuk tong sampah .hihi

Waktu fiza datang di dalam jam 9AM lebih gitu, baru lagi bukak kedainya . Orang tak ramai waktu ni, mungkin sebab awal lagi kot, dan weekend pulak, tambahan lagi, kedai ni dibuka sampai jam 11.00PM dengan hanya menjual Nasi Kerabu sahaja . 


Untuk korang yang sukakan nasi kerabu dan tak berkira sangat soal keadaan dalam kedai, boleh la datang cuba nasi kerabu Cholleey ni, memang fiza recommended! sedap . Sebelum husband bawak fiza makan kat sini, kemain dia gambarkan keadaan kedai ni, risau takut fiza tak selesa, haha! padahal okeee je. Nak makan sedap tak semestinya dalam restoran je kan, kedai-kedai tepi jalan pun okee . Asalkan, SEDAP dan BERSIH =) 

LOKASI :

No.2A , Jalan Baru 4 , Taman Bukit Kajang Baru ,
Jalan Baru , 43000 Kajang , Selangor.

TELEFON : 017-940 7769 (Untuk tempahan boleh hubungi nombor ni)

FACEBOOK : https://www.facebook.com/cholleey

Waktu Operasi Gerai :
Selasa - Ahad : 7.30pg-11.30malam
Jumaat : Tutup Rehat dan Solat Jumaat 1.00ptg-2.30ptg
Isnin : Cuti

Info tentang delivery  :
Di bawa terus ke area Office dan Kilang secara berjadual di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Bangi.

Hari dan Lokasi delivery :
(Mesti Order Sehari Sebelum Penghantaran, Minimum order Rm35)

Selasa : Bangi , 12.00tgh-2.00ptg
Rabu : Cyberjaya , 12.00tgh-2ptg
Khamis : Putrajaya , 12.00tgh-2ptg



07 Mac 2015, Putrajaya


10 comments:

  1. WAH SODAPNYE .. KALO DEKAT DA LAME PEGI NI . HEHE . TP SYGG .. JAUH

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada peluang dtg kajang, singgah la kedai ni \;p

      Delete
  2. hiiii...chomel here..perasan x?ngeeee..jom singgah disini k....tq

    http://www.mylacomeii.blogspot.com/url

    ReplyDelete
  3. waaa.. sedap..! kita pon ak jati kelantan jgk.. =)

    ReplyDelete
  4. Dh pegi td...beli bungkus je...mmg sedap...rugi klu xcuba...mmg terbaikk

    ReplyDelete
  5. Dh pegi td...beli bungkus je...mmg sedap...rugi klu xcuba...mmg terbaikk

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤