Friday, March 13, 2015

Chicken Chop SEDAP di Restoran Tasik Idaman, Bangi.


Assalamualaikum .

Hello =)


Sesi makan malam ni dah dua tiga hari lepas dah, tapi sebab tempat yang fiza makan ni SEDAP makanya nak ceritakan jugak disini =)
Sebenarnya tak plan pun nak keluar makan malam dengan Kak Sueizza, Yanty dan Abg Ed ni . Kaksue pm nak datang ambik barang, terus dia culik sekali fiza bawak ke Restoran ni .


Cantikk tempat dia, Restoran terapung dalam tasik =) teruja pulak bila jalan je, dia goyang-goyang .haha.

Honestly, hampir 5 tahun duduk kat Putrajaya ni, inilah pertama kali fiza jejakkan kaki ke Restoran Tasik Idaman ni. Tercengang kaksue dengan ty, sebab katanya Restoran ni super femes d amos , macam bohong jee fiza tak pernah datang . Kata mereka . =p

Apa yang BEST dan menggiurkan tentang makanan disini ialah Chicken Chop dia, sedapppp uhh! Menu makanan banyak, dan order fiza sebenarnya Bihun Tomyam, tapi sebab pedas, tolak tepi bihun tomyam tu, seret chicken chop ty masuk mulut.hahaha. Bihun tomyam fiza, ty habiskan :p


Biasa chicken chop ada coslow sayur tu kan, haa ni coslow buah apple dan limau, masam dan sedap!nyummy! .


Hidangan kaksue mee tomyam dan kerang rebus , Abg Ed bihun pataya = semua yang lain tak memikat tekak fiza kecuali chicken chop tu je , ohh dan kerang tu .hikhik 

Kalau korang penggemar chicken chop, kena cuba yang ada kat restoran ni, Lokasi dia di RESTORAN TASIK IDAMAN , BANGI . Berdekatan dengan ATOM, Jalan Bangi Lama



4 comments:

  1. Hmmm biasa pegi 2-3 kali gak kalau saya lepak di Putrajaya rumah adik ipar. Masa mula2 pegi ... makan ikan bakar .. memang best. Kali kedua masa merdeka kot ... ramai orang siap ada deejay... anak2 yang tunggu makanan sampai tak boring sbb ada kuiz dan permainan leh dapat hadiah ..

    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
  2. Tomyam dia marvelous .. terasa rasa pes tomyam thai dia .. sedapppp

    ReplyDelete
  3. kerang rebus tu menggoda kalbu la Fiza...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤