Sunday, March 8, 2015

Cerita Tak Best Pun


Assalamualaikum

Hello =)

Ahad datang lagi! hari ni, nothing special yang ada dalam kepala ni untuk dibuat . Bangun pagi-pagi, breakfast nasi kerabu lagi, tapi kali ni nasi kerabu Kak Mah nama dia. Kedai kat Gate 1, Putrajaya . Nasi kerabu situ memang selalu penuh dengan pelanggan . Biasala, kalau sedap, mesti akan ramai pelanggan kan =)

Siap makan, husband ke ofis dan wife pun start kereta sendiri, datang ofis jugak =) 

*gambar lama dan sekadar hiasan :p*

Ahad yang membosankan bila dua-dua terpaksa menghabiskan masa tersebut di pejabat T.T  . Semalam kemain la fiza gelakkan Yanty sebab keje hari Ahad, tup tup, diri sendiri pun terpaksa melangok kat sini .huhu . 
*ty , mohon jangan gelakkan kakfiza pulak eh, sobss* .

Sekarang dah pukul 1.00 pm , sambil tunggu masa nak balik jap lagi, jenguk blog dan update cerita yang tak best ni kejap =p . Tapi sebelum balik, kena singgah stesyen minyak untuk hilangkan dahaga si merah dulu . Sampai rumah nanti, tunggu husband balik dan ajak dia pegi beli barang dapur . Petang, belek buku kejap .Malamnya sebelum tido, siapkan pakaian suami isteri untuk keje esok . Itu kemungkinan tugas yang akan fiza buat selepas balik dari office kejap lagi =p . Masak? masak tak de dalam agenda hari ni, Ahad kann. hihihi


Oke dah, times up! nak balik dah . byee!



08 Mac 2015, Putrajaya


1 comment:

  1. Kahkahkahkahkah.... Kerja ke rini cik kak... Cian.. Pe barang kerja?!!!!! SYMP sngt erk

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤