Tuesday, October 28, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


Assalamualaikum .

Hello =)


Sekarang ni, buka je facebook, penuh di timeline pasal JERUK MANGGA ASAM BOI , nyum! sebut je dah kecur ailio oikk.haha! memang viral sangat jeruk ni sekarang .

asam asam ni, memang ramai yang suka, termasuk lah fiza dan husband . kami berdua memang 'hantu' colek, jeruk, asam dan yang sewaktu dengannya :p . Masa balik kampung last week, sempat husband beli sebotol . Nak rasa macam mana sedapnya jeruk mangga asam boi ni . Tapi sayang, jeruk yang kami beli tu, kurang sedap rasa dia. Mengecewakan sungguh T.T

Bila yang beli mengecewakan, fiza pun terus beli mangga , nak buat sendiri . Buat sampai puas hati dengan rasa dia :) . Berjaya tauu fiza buat, dan memang terbaik rasa dia! habis licin husband makan sorang-sorang.haha .

ni dia hasilnya ,




ha, haaa, telan ailio takkk tengok? haha. Krupp krappp bunyi masa masuk mulut, rangup sangat .
Masam masin manis pedas , semua complete! *dah macam puji diri sendiri pulak .haha . Masa snap gambar ni, air asam boi tu tak banyak lagi , kena simpan@jeruk lama sikit, sampai air asam boi yang putih tu ada, baru kesedapan dia lebih terasa =)

Nak buatnya sangat la senang!, meh fiza tulis cara fiza buat eh :)

Mangga
Gula
Asam Boi
Cili padi
optional (sedikit garam dan cuka) *fiza campur sekali sebab nak bagi ada rasa masam sebab mangga fiza tu mangga lemak, so, memang tak de rasa masam kt mangga.

Masukkan semua tu dalam botol atau bekas, simpan dalam peti ais dalam 5-6 jam , tak kisah la berapa lama pun, bila tengok air asam boi yang warna putih tu dah ada, then dah boleh makan dengan gembiranya bersama keluarga atau kawan-kawan =p

See, sangat senang kan . haha, buat sendiri lagi puas hati dari beli . Yang beli tu, dah la harga dia agak mahal, RM10 sebotol , pastu yang fiza beli tu, dalam botol tu, sikit je mangga nya, tak puas makan :(

Petang ni, nak ke Pasar Tani, nak cari lagi mangga dengan asam boi , malam kang boleh buat lagi =)



15 comments:

  1. Salam kenal dari Doha Qatar..

    Kak Kep nih lagi sadis.. asam boi pun takde.. mangga pun kemain susah nak jumpa kat Doha.. tetiap ari newsfeed berderet dgn mangga asam boi.. telan air liur jekk laa.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal =) wahh jauhnya :)

      bertabah la kak ,hihi

      Delete
  2. Waaa....buat lebih..pos sini..hikhik..irra pon nak g cari mangga lagi lah...irrayyan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsempat pos, dh habis dah irra.hihih, td fiza dh beli lg mangga =)

      Delete
  3. pergh terbaik....mmg meleleh..haha..resepi dah ada..mlm ni mesti buat..:)

    ReplyDelete
  4. sume duk tayang jeruk mangga asam boi.
    stress!
    hahaha.
    nak kena cari mangga jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sabarr, hilangkan stress dgn jeruk mangga asam boi :p

      Delete
  5. waaaa...menelan air liur je tengok ni. Stress. Haha.

    ReplyDelete
  6. Sedap nih!

    Telan liur pulak! hehehehe~

    ReplyDelete
  7. memang da jadi viral sejak beberapa hari lepas ni...mujurlah sy tak terliur sangat...takde la stress tengok orang post sana sini kat FB, instagram...hee

    ReplyDelete
  8. Baru je jolok mangga ke depan rumah...bersilat dengan kerengge. Dah gian nak makan jeruk. Kak Fiza dlm gambo tu pasal moyok je

    ReplyDelete
  9. Baru je selesai jolok mangga kat depan rumah. Gian nak makan mangga. Tapi nak tanye pasal muka kak Fiza kat gambar tu moyok je?

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤