Thursday, September 4, 2014

Hari 4 I Cerita Pasal Buku


Assalamualaikum .

#CABARAN30HARI

Cabaran hari ni , BUKU KEGEMARAN ANDA . haa meh nak cerita .

Zaman sekolah rendah dahulu kala , buku yang PALING fiza SUKA dan memang takkan pernah miss untuk pinjam di Library sekolah ialah buku Penyiasatan SIRI SALMA . Setiap buku tajuk dia berlainan dan kisah penyiasatan pun berlainan situasi . Salmah tu pulak ialah penyiasat dalam buku tu . Budak lagi salma tu . Kalau sekarang, Salma tu mungkin boleh kita samakan levelnya dengan Detective Conan tu. Fiza sanggup habiskan masa rehat tanpa makan dengan lepak di library semata-mata nak baca buku ni . Selalu jugak pinjam buat balik, tapi bila pinjam, selalu lupa nak hantar balik -.- .

Ni buku dia, Khatam habis baca setiap siri =)


Bila, menginjak ke zaman remaja belia, fiza salah seorang penggemar novel terbitan Alaf21 . novel terbitan lain i tak layan, tak tahu kenapa . bila masuk kedai, mesti akan tengok penerbit dia dulu sape, lepas tu, baru tengok tajuk . Haa, boleh gitu? dan novel yang paling fiza suka dan sayang sangat ialah novel ni,


KAU UNTUKKU, oleh penulis yang memang tersohor dengan gaya penulisan yang mampu buat kita rasa nak baca lagi, nak tahu kisahnya. Menangis oikkk baca novel ni, pat lima kali baca pun nangis lagi , punya la best cerita dia .

"Rahsia Hati Tak Siapa Yang Tahu" 

Tagline ni boleh dikatakan di semua kepingan kertas fiza akan tulis, malah, di buku-buku nota sekolah menengah dulu juga ada terselit tagline ni . see, boleh imagine tak macam mana jiwang nye fiza zaman dulu-dulu =.=

Ini kulit dia yang asal, zaman fiza sekolah menengah lagi diterbitkan . Novel ni pernah dihadiahkan oleh kakak angkat fiza pada fiza, tapi sayang, entah sape pinjam, sampai sudah tak dipulangkan ;'( sedih sangat 


Tapi ,

Tu dulu ..

Sekarang, fiza bukan lagi penggemar novel mahupun buku buku fiksyen atau siri penyiasatan atau yang sewaktu dengannya . Entah lah, bila makin menganjak ke alam meninggalkan zaman belia ni, mood nak membaca selalu kelaut . Paper Utusan, Metro yang selalu fiza dapat kat ofis ni pun, baca yang tajuk dia gempak-gempak je -.- , tajuk yang tak gempak tak baca, inikan pula nak baca isinya T.T

Jadi, buat masa sekarang, Fiza memang tak ada buku kegemaran , sobs . Dekat rumah banyak buku-buku dan novel, beli guna Baucer buku, tapi kalau tak silap, yang tajukkan "Perempuan Lindungan Kaabah" tu satu je yang fiza baca . Yang lain, terus usangggg dan berhabuk . Ni, sem baru dah bermula, mungkin buku-buku sem 3 nanti boleh menjadi buku kegemaran fiza untuk setahun . Gud Luck untuk diri sendiri ;)


Sekian, cabaran30 Hari ke-4 Di blog fizafantagiro =p



17 comments:

  1. amboi fiza minat novel upenye.pantas betul la korang dh hari keempat.ini tidak aci! haha

    ReplyDelete
  2. tak bestnyer buku fiza... hahaha

    ReplyDelete
  3. byk baca buku karut ni..., tp bagus dlm byk buku dia baca abis buku utk masuk syurga..bagus2

    ReplyDelete
  4. Hehe ena ni kureng minat novel.. tak pernh bca novel2 yang akk dah baca tu

    ReplyDelete
  5. yang siri salma tu kan fiza, iolss is baca jugak masa sekolah rendah...dan lagi satu...enid blyton..he he he... all the best for the 3rd sem fiza...

    ReplyDelete
  6. Sama lah kita dah nak masuk sem baru. Hohoh

    ReplyDelete
  7. Aisya sofea.... Ntah tajuk apa yg dlu aku baca hasil tulisan dia... Lupa lak... Tp mmg best kn

    ReplyDelete
  8. ikut tajuk jugak mimin kalau baca novel ni

    ReplyDelete
  9. siri salmaaaaa rindunya nak baca balik tapi dah takdeeee kannn kenangan zaman sekolah tu heheheh...

    ReplyDelete
  10. Penulis novel fav yaya tu aisya sofea ! hee

    ReplyDelete
  11. Kau Untukku tu dah jadi drama juga kan?

    ReplyDelete
  12. novelis..... ida tak suka baca ta[i kalau buku tu dijadikkan drama gerentii ida poloooo ;))

    ReplyDelete
  13. Anda peminat siri nancy drew/salma,hadi,3 penyiasat,5 sekawan,7 penyiasat dan lain2?sertai kami di group ini sekafrang juga https://www.facebook.com/SiriSalmaMalaysia

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤