Friday, September 12, 2014

Hari 12 | 5 Wish list


Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


5 Wishlist , task hari ni =) fiza akan senaraikan yang belum tercapai lagi eh, untuk sekarang dan masa depan =)


1. Tukar HTC baru 

Ni wishlist baru hari ni buat nih , sebab HTC yang ada sekarang dah tiba-tiba menunjukkan peel yang tidak menyenangkan fiza , kejap kejap 'hang' grrr . Tapi, bila kita niat nak tukar, ehhh elok pulak dia, hishh . kenapa nak HTC jugak? sebab telefon di jenis lasak sangat! jatuh banyak kali, terhempas ke dinding, macam tu jugak dia.haha



2. Beli Rumah di Kelantan

Orang kata, bila kita dah kerja kat satu-satu tempat tu, baik beli je rumah kat situ . Itu orang kata la, fiza pulak kata, planing fiza, bila dah pencen nanti, *lagi 25 tahun, nak balik tinggal kat Kelantan , tempat yang paling menggembirakan bagi fiza =) jiwa kelantan ni kuat . Dan sebab tu, nak cari rumah atas nama sendiri kat sana . Tapi ini cuma perancangan jela , depan hari tak tahu apa jadi., bila ada suami, kita kena ikut perancangan suami jugak kan :)huhu .Doakan tercapai eh.



3. Bercuti ke Krabi

Haaa, ni dari tahun lepas lagi nih, tak jadi sebab dah ke Bandung, fiza suka pantai, pulau, dan tempat ni teringin sangat nak pegi =)


Cantikkk kan!

4. Habiskan study tepat pada masanya

Sebagai student PJJ, tugas di pejabat merupakan cabaran utama dalam menumpukan perhatian pada pelajaran. Ramai dikalangan kawan-kawan fiza yang ambil keputusan untuk panjangkan tempoh belajar, USM ni, maksimum dia sampai 12 tahun tahu! Fiza, kalau boleh, nak habiskan jugak ngam-ngam 2016 , taknak ada penangguhan.Doakan segalanya dipermudahkan dan tiada halangan menyekat fiza ye =)

5. Jadikan blog ni dikenali

Hasrat dalam dunia blog ;) setiap blogger pun nak kan. Insyaallah, untuk capai ni, tahap kerajinan harusla tinggi ;)



ada banyakkk lagi, tapi dah task ni nak 5 je,so 5 jelah . Lagipun takkan semua nak cerita, kann :=)





11 comments:

  1. Blog kakpija dah dikenali pun... 1 dah tercapai tu...

    ReplyDelete
  2. good luck... semoga semua tercapai!

    ReplyDelete
  3. Kak pija dah dikenali punnn... ha ha ha... krabi tu nak ikut sebab akak pun nak pergi sana fiza... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. semoga tercapai setiap satunya.. one step at a time.. insya allah boleh..

    ReplyDelete
  5. Semoga wishlist tercapai.. ehehee

    ReplyDelete
  6. nk jugak wishlist no 3 & 5 tu... hihi.. meh merayap ke blog kita juga... http://sihatgojes.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. push factor knee kuat tue..hehehehe..hai salam perkenalan jom singgah dan follow ayu di www.ayuyahya.com

    ReplyDelete
  8. Wah cantiknya krabi...teringin gak nak gi sana ;)

    ReplyDelete
  9. Memang kena rajin cari bahan & olah untuk kongsi bersama pembaca, selamat berbloggimg. Follower 901

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤