Sunday, May 4, 2014

Review Movie I The Amazing Spider-Man 2


Assalamualaikum 

Hello :)

Semalam, tanpa plan, Fiza dgn Husband menghabiskan masa malam minggu kami untuk layan movie yang tengah hangat kat panggung sekarang ni ,THE AMAZING SPIDER-MAN 2 . Lama gilerr kot kami tak spend time tengok movie macam ni , serius rasa macam pasangan baru bercinta nak pegi tengok movie untuk pertama kali .wakaka .Husband ,dia perasan ada dua tiga mata pandang kami, dia tanya 'agak-agak, orang tengok kita ni couple yang dah kawen ke belum eh?' erk . Padahal kami bukan jalan berpeluk pun :p sambil jalan, sambil borak .huhu. Perasaan sendiri je kot, orang nak tengok tempat lain, tapi perasan orang tengok kita :p hikss .
Movie mula jam 11.55 am, so sebelum jumpa spidey, kami singgah makan dullu, layan mamakkk weh .hoho.

Untuk The Amazing Spider-Man 2 semalam, cerita dia , Super Best bagi Fiza walaupun husband kata cerita dia biasa-biasa saja T_T . Kenapa best? sebab dalam movie ni tak hanya tertumpu pada aksi Spidey melawan musuh semata . Ada sweet sweet dengan Gwen, ada misteri, ada sedih dan ada lawak .




Permulaan dia , lebih kurang The Amazing SpiderMan 1, flash back balik kisah Richard Parker dan Mary Parker iaitu Ayah dan Mak Peter Parker(Spiderman) tinggalkan dia dekat uncle Ben dan Aunty May, cuma kali ni, ada cerita selanjutnya apa jadi pada Mak Ayah Peter selepas dia tinggalkan Parker dan kenapa mereka menghilang . *nak tahu tengok sendiri :p




Peter terus berusaha nak cari misteri disebalik kematian mak ayah dia . Hubungan Peter dengan kekasih dia, Gwen bermasalah bila Peter selalu terbayang wajah ayah Gwen yang menyebabkan Peter ingin jauhkan diri dari Gwen . Dalam The Amazing Spider-Man 2 ni , ada satu watak lelaki yang bernama Max DiIllon yang merupakan pakar dalam bidang elektrik di OsCorp, tapi Max tak ada kawan dan selalu disisihkan oleh rakan sekerja dia . Max Dillon jadi peminat fanatik Spiderman bila Spiderman selamatkan dia dari satu tragedi . 


Tapi, ada satu kejadian yang buat Max Dillon bertukar 100% dan menjadikan Spiderman sebagai musuh nombor satu dia . Harry Osbon muncul untuk menggantikan ayahnya Norman Osban sebagai CEO di OsCorp, Harry pulak merupakan rakan masa kecil Peter . Peter datang berjumpa Harry selepas mendapat tahu berita kematian ayah Harry dan mereka berkawan semula . Malangnya, Harry turut mempunyai penyakit genetik yang diwarisi dari ayahnya dan dia memerlukan darah Spiderman untuk merawat penyakitnya . Harry meminta pertolongan Peter untuk mencari Spiderman membuatkan Peter jadi serba salah.

Salah satu scene yang Fiza suka dalam movie ni :)

Max Dillon merupakan peminat fanatik Spiderman dan Harry Osban pula adalah kawan baik kepada Peter , tapi akhirnya, mereka bertekad untuk menghapuskan Spiderman. Gwen turut terlibat dalam dendam mereka pada Spiderman .Apa jadi kepada Gwen? Kenapa Max dan harry memusuhi Spiderman? Dapat ke tak Peter merungkai misteri kematian mak ayah dia ? Haaa, kalau nak tahu semua persoalan tu, kenala pegi tengok sendiri :p Mana aci cerita detail kan, haha. Yang penting, tiket kena beli awal sebab memanggg cepat habis!

Movie semalam habis hampir jam 2.30am, lama jugak rasanya, tapi tak perasan masa berjalan sebab citer dia best :) 

Fiza bagi ☆ 

utk THE AMAZING SPIDER-MAN 2 :)


2 comments:

  1. ada hati juga nak tengok...tp belum berkesempatan...

    ReplyDelete
  2. nak tengok gak spiderman... tapi tiketnyaaaa...errrmm.. cepat habis!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤