Friday, October 25, 2013

Minggu yang meriah!



Assalamualaikum .

Sejak hari Selasa lepas, rumah fiza memang meriahhhhh sangat! Bila g keje pun, hati ni selalu duk ingat nak balik rumah je .hihi . Sebab . Sejak Selasa lepas adik fiza, Angah ada kat umah fiza . Suami dia , merangkap adik ipar fiza ke Medan , so selama dia di sana, Angah , Danial, Afiq and Qisha tinggal dengan Fiza :) Haa, mereka ni la yang memeriahkan rumah ni :)

Nur Qisha Izzara, anak buah fiza yang paling kecik . Baru 2 bulan umur dia .kecik cenonet lagi :p dan sebagai Ciklong yang memang suka menyakat budak , Qisha selalu jadi mangsa buli mak sedara dia ni :p hihi . Afiq pulak , dah besar dahh , nak buli pun susah dah, sebab selalu kalau ada cubaan nak buli dia, kita yang terkena balik . haha!

Video pertama ni, mood Qisha baik sangattt , baru 2 bulan, tapi dah suka ajak orang borak-borak , senyum senyum bila kene 'agah' . errr tahu tak 'agah' tu ape? urmm, 'agah' tu ..'agah' laa. hihi . 
bahasa klate tu :p . 

Ichaa senyummm . dengan Abang afiq sekali datang nak tayang senyum dia :p

Haaa, Video kedua pulak .. uwaaaaaa.. uwaaaaa .. ni memang kene buli .hihihi . Qisha ni, susah nak nangis , So sebab susah nak tengok dia nangis la, Ciklong suka tengok Qisha nangis .hikss .


uwaaa, uwaaa..muehehehehehe . Ichaa nak susuuu :p

hihihi, maafkan Ciklong sayang , Qisha comel sangat , sebab tu Ciklong sukaa kacau Qisha :p eh eh, bukan Ciklong je tahu! Cikda pun sama :p
Video-video tu dari i.g Fiza, kalau nak berkongsi gambar omey-omey korang dengan Fiza , leh la follow :) Errr, tapi Fiza tapis jugak kalau nak follow balik :p kalau yang follow tu gambar pelik-pelik .. Fiza tak accept .. takuttt -.-

Esok dah Sabtu . Ahad Angah dah nak balik, so nak habiskan hujung minggu dengan 
budak-budak kecik ni :)


“Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai. Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia.”
(Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi).



4 comments:

  1. Qisha omeyyyyy . hehehe . dia senyum tu kiut sangat . suka tgk video qisha kt ig kak fiza ^^

    ReplyDelete
  2. wahh..mmg betul2 meriah ni...
    ada icha comei...
    pastu fiza boleh buli2..hehehe

    ReplyDelete
  3. omeinye die
    goram nengok eh heheheh
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no795

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤