Sunday, September 1, 2013

Treasure Hunt Merdeka! Hoooliaoooo


Assalamualaikum .

Fuhhh penat yang teramat penat! Opss sebelum memulakan lebih lanjut cerita hari ni, fiza nak ucapkan

♡ Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-56♡

Kepada seluruh rakyat Malaysia!  Malaysiaku berdaulat : Tanah tumpahnya darah ku . Itu tema kemerdekaan kita tahun ni . Semoga negara kita bertambah aman dan jauh dari segala penjajahan tidak kira dari segi fizikal atau mental.amin.

Oke, kembali kepada cerita yang nak diceritakan :) Sempena sambutan kemerdekaan tahun ni, pagi tadi, fiza join satu program terbaik yang dianjurkan oleh MaTic, agensi dibawah Kementerian Perlancongan di Jalan Ampang . TREASURE HUNT KEMERDEKAAN . Tu diaaaaa aihh. Bukan fiza sorang tahu! Turut sama join bertreasure hunt ni ialah Abg Bani ehhh Ben yang merupakan orang bertanggungjawab menyeret kami, iaitu Ty, Kak Sue , Lan dan Weeda sertai mende mende neh. Siyess! Ni first time fiza join program macam ni .huhhh, banyak betul kejutan yang mengerikan, sampai trauma la kami dibuatnya.mueheheheeheh.


Kami berlima pergi naik ERL je dari Putrajaya . Lan je dengan kete :) Lan Toodakkk :p


Tempat keje lama fiza . Lama dahh 8 tahun lepas .first time dtg KL, fiza dpt job kat sini la. Bukan dengan Hotel Maya ni, tapi kat Plaza 138 ,bangunan dia sekali dengan hotel ni.Oh kenangan♡♡


Eh eh, En. bibir pink dalam majalah tu same la dengan muka Aben.kan kan.bhahaha. Sampai KLCC, sempat lagi sambar Intrend keluaran terbaru , dalam tu ada cerita pasal En. Bibir pink tu.wakakakaka. 

 
With yanty yang suuukaaa kenakan orang! Mmg kaw kaw kak fiza kene ngan ty tadi ehh .hahaha tak peee, tunggu la nantiii :p


Ada cerita di sebalik gambar ni, tapi, biarlah rahsia :p


Ni hantu tepung dari maTIC . fuhhh ni salah satu cabaran yang kami kena buat! Seksa makk nak oiii. Errrr, kenal tak sape tu? 
Antoo tepung gomakk 

Untuk treasure hunt ni, kami kene harungi 10 check point dan setiap check point, ada cabaran yang harus kami lalui untuk ke check point seterusnya . Cabaran paling mengtraumakan fiza ialah, kene minum segelas BUDU . Urkkkk wekkkk. Mmg tragis sungguh! Lepas minum budu, sampai ke check point berikutnya, kene jawab soalan, salah jawab, kene pilih nak makan CILI, BAWANG PUTIH OR BUAH PERIA .perghhh! Azab lagi . Fiza satu team dengan weeda, jawapan yang kami bagi salah so fiza pilih untuk makan peria dan weeda makan sebiji cili. Adehhh . Telan je lahhh.

Kami gagal 3 cabaran dari 10 . Hahaha dah fail 3 cabaran, jangan harap la nak menang kan.kikiki, memang tak menang pun. Tapi tak menang pun tetap dapat hadiah hokeyyyy! 

Tadaaaaaa . Kami berenam, so jadi 3 kumpulan. Semua dapat saguhati jerk.hahaha. RM50 per group .oke la kan, dapat la kalau nak open table makan steamboat tu. :p


Lebih kurang pukul 4.30, habis la program tu . Maka , kami pun berangkatlah balik ke Putrajaya semula . Naik tren ke KL Sentral dari KLCC, sampai je KL Sentral, ini yang jadi



Siap beli tiket, sambil tunggu nak naik tren, bersila sambil berjalur gemilang kat situ . Hilangkan penat jap :p

Sampai rumah jam 5.00 pm lebih . Penat,sakit kaki, sakit kepala.Cukup satu pakej .




14 comments:

  1. Cmbest je..
    Mmg mnarik xtvt time merdeka..
    Xdek ler duk umah je cm shark.

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat rm50, bleh buat makan2 kan :)

    ReplyDelete
  3. Hahahaahahahahahahahahaha..... apo kamoo mao bikin sama wa ha nanti wekkkk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. grrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. xpe.wa tunggu hari lu waa sekehhh

      Delete
  4. wah..aktiviti seharian yang menarik..kalau penat pun berbaloi..hehe :)

    ReplyDelete
  5. bestnyaa..!

    ehh..apa cerita disebalik pic yg atas tren tu..?
    cerita la..hehehe

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤