Tuesday, July 30, 2013

Iftar 18 I Restoran Arab MANDI HADRAMOT, Sunway Pyramid


Assalamualaikum .

Iftar hari ke 18 Ramadhan , Sabtu lepas , fiza bersama hubby dan dua orang adik memilih sebuah Restoran ARAB dalam mall Sunway Pyramid sebagai tempat kami berbuka . Sebenarnya, restoran ni bukan pilihan fiza pun , hubby yang teringin sangat makan nasi Arab , so kena ikut la kan walaupun fiza memang tak suka nasi Arab nih . Pelik kan .hihi, orang semua suka, fiza pulak tak suka :p . Tekak tak boleh menerima nasi arab ni walaupun dah banyak kali fiza masuk dan makan kat restoran Arabian ni . Kalau makan pun, fiza pilih kebab atau roti je . Nasi memang tak la. Masa makan beriftar di Restoran ni pun , fiza tak order pun makanan, just order air je . Jus Tembikai .

Restoran yang kami pilih ni nama dia MANDI HADRAMOT . Lokasi di dalam mall Sunway Pyramid ,tingkat LG . no kedai tak ingat :p


"Allahumma la kasumtu wabika amantu wa’alariskika aftartu birahmatika yaa arhamarrahimin", Amin.

Santapan pertama berbuka :) KURMA yang sangat sedap .


Ini je juadah berbuka fiza -.- . Watermelon juice

 Menu my hubby . lupa nama dia apa :p . Katanya SEDAP!

 Menu Weeda, sama dengan menu adik ipar fiza . Chicken Mandy . Mereka kata SEDAP!

Mushroom soup . Makanan kesukaan husband fiza . Makan kat restoran mana-mana yang ada mushroom soup ni, mesti dia akan order . pun SEDAP katanya .

Dah semua kata nasi dia sedap, fiza pun cuba la jugak rasa sesudu dua . Hurmm, betul, SEDAP dari restoran biasa yang fiza pernah cuba sesudu dua sebelum ni :p
Tapi walaupun sedap, tekak ni tetap tak boleh menerima santapan nasi Arab ni T_T . Sadis sungguh . huhu .

 Sebenarnya, dia suami aku , eh eh :p


Waktu kami datang berbuka kat sini ni, pelanggan memang ramai . Penuh meja .So, kalau ada yang teringin nak mencuba beriftar Nasi Arab SEDAP kat sini, harus buat tempahan awal-awal oke . Kalau kebetulan duk shopping kat Sunway Pyramid ni, sebelum shopping tu, pegi tempah meja dulu . Cuma, satu je la yang tak best , makanan sampai agak lewat . Dah masuk waktu berbuka, makanan tak sampai lagi . Mungkin sebab orang ramai kot .

Dahh nak balik :) eh, encik kat belakang tu menjeling nampak :p :p

Total kami makan RM180.00 . boleh tahan harga dia , nasib baik sedap . Siap berbuka, sambung shopping kejap, dalam kul 9 lebih kami keluar dari SP ni . Pastu, sambung makan colek pulak kat Restoran Suraya, Bangi :) Ohh, gambar colek tak ada .
hikss .

14 comments:

  1. Wahhh...sedapnya... Nie selalu makan dekat Half Moon je kalau makanan arab nie... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka makan nasi arab , memang ptt p rasa makan kt sini :) sedap nasi dan ayam dia :)

      Delete
  2. salam sis.owh kak lea pernah lalu depan restoran ni,bolehlah cuba.kak lea selalu makan saba kat cyberjaya je.wah mushroom soup tu nampak best,je.bolehlah try nanti.

    selamat berpuasa dan selamat hari raya he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa lea dan selamat hari raya :) .nanti cuba ye :)

      Delete
  3. nasi arab. menu yang saya tak pernah cuba lagi dalam hidup ni.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, kalau nak cuba, cuba kat sini eh :)

      Delete
  4. Sakan noo hampa nak raya ni , bershopping tak abes2 lagi.

    ReplyDelete
  5. wah bestnye...amy selalu beli kat bazar je nasi arab nie..sebungkus rm7..tp xsesedap yg dlm gambar ni la..hehe

    ReplyDelete
  6. kenapa eh fiza xsuka nasi arab..
    nampak mcm sedap :)

    colek, nur hari ni tetiba teringin colekk...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur, hikss, fiza xsuka nasi yang berempah .nasi ayam ,beriani, minyak, fiza kurang sangat. kalau ada pilihan nasi putih, fiza xkan ambik nasi berempah tu :p

      Delete
  7. http://chocollyheart.blogspot.com/2013/07/too-many-random-stories.html , comment anda amat dihargai.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤