Friday, May 3, 2013

Nombor telefon Metrobus Pekeliling


Assalamualaikum .


wuwuwuwuwu.. susahnya nak call kaunter tiket bas hari ni! Dari semalam fiza try call , hishh dekat 20 kali kot call, call dan call .Tapi tak dapat . Yang fiza call tu Kaunter tiket Metrobus Pekeliling, KL . Dah semalam tak berjawab, hari ni call lagi . Pun tak ada yang pick up ! Hati dah membara dah, pastu tiba-tiba terfikir, ehh ke telefon dia rosak eh . Bila dah terfikir macam tu, Fiza pun cuba la, google guna keyword "No.Tel Metrobus KL" , maka dapat la nombor dekat kaunter di Subang . Kali ni call berjawab dan nasib baik yang jawab tu, lembut je suara dia :) . Fiza ngadu dekat dia pasal call dekat Kaunter Pekeliling tu tak ada orang jawab, dia check , then memang betul lah , telefon kat sana problem :'( Dengan baik hati, dia carikan fiza nombor orang yang jaga di kaunter tiket Pekeliling . hurmm baik kan dia :-) .terima kasih awak :) Akhirnya, dapat la call . Dan dapat la fiza beli 2 tiket untuk adik fiza balik ke Jerantut pagi esok :)Alhamdullilah . Nasib baik beli cepat , sebab katanya tiket dah nak habis :'( . Ramai sangat orang balik kampung untuk mengundi ni . 
Fiza , balik jugak , tapi fiza mengundi di Kelantan . So lepas hantar adik-adik di Pekeliling, fiza n hubby terus balik Kelantan bersama keluarga Mertua .

Fiza percaya sangat, bukan fiza sorang je yang hadapi situasi macam ni kan , last minute kelam kabut nak cari tiket bas , dan kalau duk jauh dengan stesyen bas, nak call dulu pastikan tiket ada lagi ke tak ,pastu, nak telefon tanya, nombor pulak tak ada . adoiii, macam-macam :p 
Kalau ada yang nak balik ke Jerantut naik Metrobus , boleh call nombor ni untuk tanya dulu, tiket ada ke tak , sebab, tiket di kaunter ni SANGAT LARIS tahu!  

METROBUS PEKELILING : 03-40411903 

Haaa, call call, jangan tak call :p Tapi , kat kaunter ni, boleh call dan comfirmkan tiket ada lagi atau tidak je , kalau nak tempah dulu, memang dorang tak layan . *Dulu boleh je, sekarang dah tak boleh :( . dorang akan cakap "kami tak terima tempahan dalam telefon" :p

Esok dah nak balik kampung! waaa, tak sabarnya! tapi, jammed mmg comfirm la! . Takpelah nak buat macam mana, redah je la . korang, yang sama macam fiza, balik kampung untuk mengundi, hati-hati dijalanan ye, jangan laju-laju . Utamakan keselamatan, dan ,

Selamat Mengundi! 







Thanks For Reading This , Muahxx ~Much Love~

3 comments :

  1. sikit tiket semua sold out...
    kawan nak balik ke kelantan dah xde tiket..
    sian dia...

    selamat mengundi fiza...

    ReplyDelete
  2. nice sharing . penat carik num metrobus .

    ReplyDelete
  3. Nie ni kt pekeliling ker..kol2 xbrangkt pon...

    ReplyDelete

hi chumel! Macih coz sudi komen kt sini..wink ;)
MuahhXXxxx ^_~