Tuesday, May 7, 2013

Meroyan dengan group Wechat :p


Assalamualaikum .

Maka, terjawab la segala teka teki PRU-13 pada Ahad lepas :) fiza pun baru semalam sampai dari kampung . 13 Jam weh perjananan! stuck dekat Raub . Fiza mengundi di sekolah lama fiza , Sekolah Rendah Kebangsaan Pahi. Banyak perubahan dan banyak jugak benda yang tak berubah di Sekolah tu . Kolam ikan bawah tangga yang fiza suka duk main-main kat situ dulu still ada lagi :) Kantin dah beralih ke kawasan lain . 

Masa balik mengundi hari tu, ada dua perkara best yang fiza rasa, memang sangat best lah balik kampung kali ni . Satunya, of course la sebab dapat mengundi . Dan yang satu lagi , sebab, dapat jumpa kawan-kawan lama! Jumpa kawan zaman sekolah rendah, disekolah yang kami sama-sama bersekolah dulu . waaa, pastu masuk memangkah pulak memang dalam kelas yang fiza belajar dulu . Memang terbaik lah moment tu! hurmm, zaman sekolah memang zaman paling ohsem sekali kan :) Raya ni, katanya nak buat reunion . Harap sangat plan kali ni menjadi sebab dah banyak kali dah sebelum ni duk plan tapi tak jadi-jadi plan tu -.- 

Sekarang ni pun, dah ada group Wechat geng sekolah dulu , wiwiwi, meroyan dah duk melayan dorang kat group tuh! macam-macam cerita keluar . hihi . best! Bila musim PRU hari tu,  masing-masing bagi pendapat sendiri . Tapi just pendapat je la, orang ni cakap macam ni, orang tu cakap macam tu tak ada la yang emo melampau bila ada yang tak sefahaman pendapat . Kita kawan kan . Buat rugi je nak bergaduh bagai sebab politik ni . Sekarang musim PRU dah habis, kita bincang pasal reunion pulak eh .set!





Thanks For Reading This , Muahxx ~Much Love~

8 comments :

  1. Hana takleh mengundi lagi.. hehe.. WeChat tu install aje.. tak guna sangat pun :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..lagi 5 tahun hana mengundi eh :)

      Delete
  2. best dapat jumpa kawan lama.......

    ReplyDelete
  3. tade rezeki nk mngundi thn nie T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, lagi 4 or 5 tahun akan dtg..undi eh :)

      Delete
  4. 13 jam..??
    lama tuu...

    waaa..ada wechat group dgn kwn sekolah..
    bestnyaa

    ReplyDelete
  5. mmg best kalo dpat wechat ngn rakan sekolah lama2... hehehehe... jaa baru jer jugak dalm wechat ni...heee!

    ReplyDelete

hi chumel! Macih coz sudi komen kt sini..wink ;)
MuahhXXxxx ^_~