Tuesday, April 30, 2013

UPDATE :Kesiannya, pelajar perempuan teruk dibuli :'(


Assalamualaikum .

Kejinya perbuatan budak-budak ni . Itu ayat pertama yang keluar kat kepala fiza masa menonton video seorang pelajar perempuan yang jadi mangsa buli oleh beberapa pelajar perempuan lain . Fiza tak tahu info lanjut mengenai video tu tapi yang pasti, dalam video tu, jelas menunjukkan aksi sungguh tak bermoral, keji budak-budak perempuan tu ke atas mangsa . Korang dah tengok belum? kalau belum, boleh tengok kat sini , maaf, fiza tak kongsikan kat blog video tu, sebab, tak sanggup nak tengok lagi .

Minit awal video tu menunjukkan pelajar perempuan tu di sepak, pastu mulut disumbat dengan stoking yang dipakai oleh budak-budak 'jahat' ni *Maaf, hanya nama itu yang fiza rasa layak untuk remaja yang berperangai macam tu . Minit-minit seterusnya, lagi teruk mangsa dikerjakan hingga paling melampau, baju yang dipakai mangsa diselak hingga menampakkan 'dada'nya . Ya Allah, kejinya . Lepas tu, mereka lap muka mangsa dengan stoking basah, disumbat lagi ke dalam mulut, dan last, rambut mangsa dipotong . Gembira sungguh budak-budak 'jahat' tu merakam perbuatan keji dorang! Pelajar yang jadi mangsa tu, naifnya dia, kesian sangat . Tak melawan pun, mungkin takut nak melawan sebab budak-budak 'jahat' tu ramai kan . Mungkin dalam 3 ke 4 orang .

Menggigil fiza masa tengok video berdurasi 11.09 minit lebih tu . Menggigil sebab geram sangat . Nak menitis airmata sebab kesian sangat dengan mangsa buli tu . Apa la salah dia kan . Dan kalau ya pun ada salah dia, kenapa sampai macam tu sekali diperlakukan .
Budak-budak sekolah zaman sekarang, sesetengahnya memang 'sangat teruk' perangainya. Seolah dah tak takut dengan undang-undang, tak takut dengan hukuman, dan fiza percaya kalau dah macam ni perangainya, dengan guru pun dorang takkan ada hormat dah!

Makin kerap pulak kes buli melibatkan pelajar ni berlaku dan ini antara video kes buli yang dirakam dan tersebar . Yang  berlaku dan tak tersebar tu tak tahu lah dah berapa ramai yang dah jadi mangsa :'( Pendedahan mengenai kes buli ni memang patut dibuat agar yang salah dapat dihukum dengan setimpalnya . Dan fiza harap, Si Pelaku dalam video ni jugak mendapat hukuman yang sepatutnya, setimpal dengan perbuatan keji yang mereka lakukan tu!


UPDATE 

KUALA LUMPUR – Kes buli melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang tersebar di internet berjaya diselesaikan dengan enam remaja perempuan telah ditangkap.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Mohd Nor Rashid berkata, pelajar yang berusia 15 hingga 16 tahun itu telah dihukum denda sebanyak RM500 dan dibayar kepada mangsa selain diikat jamin berkelakuan baik selama tiga tahun.

Mereka juga dikehendaki melaporkan diri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan selama dua tahun.

“Kes berkenaan berlaku di Kota Tinggi, Johor pada bulan Januari lalu dan disiasat di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan yang memalukan seorang wanita,’’ katanya dalam laman rasmi facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kes buli berkenaan menjadi perhatian ramai selepas rakaman video insiden itu disebarkan dalam laman sosial Facebook dan Youtube sehingga mendapat komen negatif pelbagai pihak yang kesal dengan kejadian itu. SUMBER.



8 comments:

  1. confirm saya tak nak tengok video tu...fiza cerita pun saya dah boleh bayangkan betapa teruknya budak tu kena buli

    ReplyDelete
  2. tak sanggup nak tgk video tue....baca akak tulis pun dah seram.dahsyat betul budak zaman sekarang..

    ReplyDelete
  3. sue tak tengok langsung,x boleh,nanti sakit hati dan risau ngan adik pompuan kat asrama....

    ReplyDelete
  4. emm.. mcm2 perangai pelik budak skrg ni!

    ReplyDelete
  5. Err..tak sangguplah nak tgk...kesian kot..
    tapi dah jadi mcm trend eh sekrang ni...
    lepas satu2 video diupload....

    ReplyDelete
  6. Melampau dyorg tu. Kalo taw sapa kan. Mmg nk sruh kenakan tindakan yg lg trok. Budak2 zaman skarg xde adab da. Haihh geram tgok.

    ReplyDelete
  7. denda rm500 wat gapo, bubuh nyepak wi sore2, kawe nok gi cari set2 tina ni, di johor batu pahat, londeh depe ore ramai wi di malu pulok

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤