Thursday, January 10, 2013

Gym dan Pizza


Assalamualaikum .


Petang semalam, habis je kerja pukul 4.30pm , dengan semangat pahlawan yang jitu dan berkobar-kobar , aku tekad nak lakukan pembakaran lemak di Gym yang disediakan kat ofis aku nih , fuhhh memang mencabar betul . Lama kot aku tak jejak kaki kat situ , last aku pegi gym tahun lepas , bulan 7 kot . kalau tak silap . Lama sangat dah . 
Masuk-msuk je tak ada stretching apa , aku belasah terus kat threadmill . mula-mula 0.5km dgn kelajuan 5.0 je , dah semput! adehh , teruskan jugak walaupun kaki dah kebas giler . last-last boleh tahan sampai 1km je . dahh memang tak boleh dah . Wa mau pengsannn!
Agak-agak sempat terbakar tak lelemak aku eh? huhh T_T

Habis membakar , aku pecut ke P16 , ambik adik aku . Sampai rumah pukul 7pm lebih , hubby dah ada menunggu .erkk hihi . Bersihkan diri , solat semua , pastu nak masuk dapur nak masak  pulak,tapi tetiba hubby aku bersuara 
' jom g makan pizza' huhhh terhenti langkah aku time tu jugak .haha! Terus bersiap :p

Kami makan kat Pizza dalam AEON Taman Equine je .dekat.


Walaupun aku penggemar tegar pizza , tapi sebelum masuk restoran tu , dalam hati aku cuba bertekad , nak minum sup dia je . just soup! Pizza bungkus makan kat rumah je pagi esok , at least diet aku untuk tak nak makan malam tak fail kan . diet la katakan :p


Erkk , tapi . Aku tak mampu nak lawan nafsu waktu terpandang keseksian pizza tu :'(
Orang kata ,
Rezeki jangan ditolak kan! ngappppp! habis 3 slice pizza , semangkuk sup ,dua tiga keping 
fries . ermmm nampak?, macam tak ada kesan apa pun pembakaran lemak aku tadi kan T_T



Hari ni , dengan tekad yang sama , aku nak dating dengan threadmill tu lagi , kali ni biar lama sikit , 
erkk, agak-agak boleh ke? ;p






Thanks For Reading This , Muahxx ~Much Love~

3 comments :

  1. apakah fiza berjaya dalam sesi pembakaran lemaknya...nantikan..tungguuuuuuuu...( larikkkkk)

    ReplyDelete
  2. adehh..mmg xtertahan tgk pizza tu..
    buang lemak lama, ganti lemak baru..
    oklah tu..hihi

    ReplyDelete
  3. haha...godaan pizza erk. Hurm , nk jugak ikut gi gym.. hukhuk..

    ReplyDelete

hi chumel! Macih coz sudi komen kt sini..wink ;)
MuahhXXxxx ^_~