Friday, May 17, 2013

Jamu Susuk Dara . Apakah itu?


Assalamualaikum .

Hari ni, masuk ofis, fiza ternampak satu risalah menarik yang diletakkan diatas meja fiza :) Risalah ni, kawan satu ofis yang bagi, ianya mengenai satu produk herba untuk masalah dalaman wanita . Haaa, mesti ada yang berminat nak tahu kan :)




Ianya dikenali dengan nama Jamu Susuk Dara atau JSD .Fiza pun first time dengar ni :)
Untuk yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai JSD ni, 


Sejarah penggunaan JSD ni pada zaman jepun dulu pun menarik untuk dibaca .Klik sana oke, kalau nak tahu kisahnya :)

posted from Bloggeroid





Thanks For Reading This , Muahxx ~Much Love~

Hari yang penat, fizikal dan mental :(


Assalamualaikum .


Alhamdullilah . Terima kasih Allah, masih memberi aku sedikit rasa sabar dalam menghadapi kemelut yang datang . Minggu yang sangat penat, sungguh penat .Penat dengan tugas yang terpaksa dilaksanakan sebagai seorang 'Yang Menurut Perintah' selama 4 hari di Ipoh, ditambah dengan penat 'mental' dengan masalah yang sepatutnya tidak aku simpan sedikit pun didalam kepala ni .Tiada faedahnya untuk aku. 

Hari ni, fiza ingin berbicara tentang , belog ni. belog yang sudah hampir 6 tahun fiza wujudkan tapi baru 3 tahun fiza aktifkan.
Di belog ini, memang, tiada yang istimewa pun . Hanya blog biasa-biasa untuk fiza luangkan masa, berkongsi cerita fiza, pendapat dan sedikit isu semasa yang menarik bagi fiza untuk diabadikan disini . Sungguh, tiada yang istimewa. Setiap isi kandunganya, tidak pernah ada makian, kutukan atau hinaan terhadap sesiapa pun. Setiap ayat yang fiza lakarkan, sebolehnya, sedayanya fiza olah menjadi ayat yang 'manis' agar tiada yang terasa dengan apa yang fiza sampaikan. Dan, alhamdullilah, sepanjang fiza berblog, tiada yang mencaci lagi belog fiza . Itu yang fiza harapkan hingga sampai masanya fiza berhenti berbelog, mungkin suatu hari ni.

Tapi sayang, walau tiada cacian yang diterima, tetap ada silapnya juga yang mungkin hanya mereka yang 'silap tafsirnya' sahaja yang nampak . Demi Allah, tiada sekelumit pun niat dihati ni, untuk menjaja, mencanang atau mengaibkan sesiapa. Semuanya disebabkan salah satu entry fiza sebelum ini, entry yang pada pandangan fiza terlalu 'general', entry yang fiza utarakan pendapat dan pengalaman sendiri. entry itu, sayang untuk fiza delete, tapi atas nasihat dia, yang sangat fiza sayang . Fiza buang entry tu :I . Mungkin ada betulnya . Kadang-kadang, tanpa sedar, ada yang terluka dengan setiap ayat kita .Fiza terima, buang sejauhnya ego yang ada dalam diri ni. 


Untuk sesiapa sahaja yang berkenaan, fiza mohon, mohon sangat-sangat, Jangan ganggu fiza disini, jangan sesekali datang ke blog fiza jika hanya untuk menjadi 'stalker' atau mencari salah fiza . Selama fiza berblog, ini kali pertama hati ni tercalar. Ini blog fiza, fiza berhak untuk utarakan pendapat fiza selagi tidak menjatuhkan sesiapa, selagi tidak mengaitkan nama sesiapa tentang perkara buruk, selagi tidak mengaibkan sesiapa. Orang lain dah lama rasa pengalaman ni kan dalam dunia blogger, fiza baru pertama kali rasa. Memang sakit. Setiap pengunjung yang singgah disini, fiza tahu dari mana dia datang , stat, feedjit, semua kan ada sekarang ni. Jadi tolong, mohon sangat-sangat.

Kepada yang masih setia menjadi pembaca disini, masih tidak jemu dengan cerita-cerita fiza, fiza angggap itu sokongan kalian untuk fiza dalam dunia blog ni, TERIMA KASIH sangat-sangat. Thanks A Lot Dear! 



psst ~ Kadang-kadang, sukar untuk kita puaskan hati sendiri, apatah lagi untuk puaskan hati orang lain .





Thanks For Reading This , Muahxx ~Much Love~

Monday, May 13, 2013

Untuk insan yang sangat k.long sayang :)


Assalamualaikum .

13 MAY 


HAPPY BIRTHDAY untuk Insan yang sangat k.long sayang! Angah .
Semoga semua yang Angah inginkan dan hajati termakbul 
Semoga Angah dipanjanglan umur dan dimurahkan rezeki
Semoga setiap apa yang Angah lakukan, diberkati.
Semoga Angah dilindungi Allah SWT selalu dan bahagia dunia akhirat :)

Lebiu dear!





Thanks For Reading This , Muahxx ~Much Love~